itsAllAboutLivingMyth&HealthProducts

Saturday 1 December 2012

4 RUTIN JADIKAN ANDA LEBIH CANTIK!!!



AMALAN RINGKAS yang perlu dilakukan oleh semua wanita setiap hari..

4 langkah ini merupakan asas untuk memperoleh wajah yang sihat dan segar. Okey, mari kita lihat satu-persatu.



     LANGKAH PERTAMA

Cleanser/mencuci wajah. Pilihlah pencuci wajah yang sesuai dengan kulit anda. Pilihlah creamy cleanser untuk kulit kering atau clear cleanser untuk kulit berminyak. Jangan lakukan cleansing berlebihan, cukup ketika malam sahaja.


 

   LANGKAH KEDUA

Exfolation/scrub. Ramai wanita lupa untuk melakukan exfoliation (menyingkirkan kulit mati) tetapi jika langkah ini dilakukan, anda akan memperoleh hasil yang cukup berbeza. Untuk melakukan exfoliation, cukup hanya sekadar menggunakan pembersih wajah yang mengandungi butiran-butiran skrub. Dengan cara ini, sel-sel kulit mati pada wajah akan dapat disingkirkan.



 Saya pakai yang ini...bweehehehe..2 in 1..boleh digunakan hari-hari..ada skrub juga..tapi Gentle..


  LANGKAH KETIGA

Moisturize/pelembap. Sangat penting untuk kulit dan begitu diperlukan semua jenis kulit. Oleh itu sentiasa gunakan pelembap wajah kerana ia dapat menjaga kelembapan kulit. Saya gunakan yang ini I=========================>



     LANGKAH KEEMPAT

Gunakan sunscreen/pelindung cahaya matahari. Sunscreen sangat baik dalam merawat kulit wajah anda. Salah satu penyebab kedutan pada wajah adalah sinar matahari. Cara terbaik adalah dengan membeli dua jenis moisturizer/pelembap wajah. Satu digunakan di siang hari dan satu lagi untuk malam. Kedua-duanya harus mengandungi perlindungan UV. Jangan gunakan moisturizer/pelembap wajah yang mengandungi sunscreen pada malam hari. Ketika memilih sunscreen, pilihlah yang mengandungi bahan mexoryl dan helioplex.

No comments:

Post a Comment