itsAllAboutLivingMyth&HealthProducts

Monday 3 December 2012

SEKILAS...DIET

SARAPAN DENGAN TELUR

Jika anda sedang menjalaniprogram diet, jangan lupa masukkan telur sebagai salah satu menu diet anda. Penelitian dari Amerika Syarikat mengatakan pengambilan telur adalah cara terbaik untuk membantu membuang lemak & perut terasa lebih kenyang lebih lama berbanding hidangan lain.

AMBIL PROTEIN & SERAT

Salah satu cara untuk mengurangkan berat badan dengan cepat adalah dengan menggabungkan serat & protein ketika makan mahupun mengunyah. Ini kerana kedua-dua nitrisi ini memerlukan masa & tenaga yang lebih untuk dihadamkan.

BUAH BOLEH MENGGEMUKKAN

Jangan ingat semua jenis buah baik untuk badan anda. Ada beberapa jenis buah yang mempunyai kadar gula tinggi, jika diambil secara berlebihan. U.S Department of Agricultural menyarankan jumlah buah yang baik untuk diambil adalah sebanyak dua cawan per hari bergantung pada jenis buah yang dimakan. Contoh buah yang mempunyai kadar gula yang tinggi adalah anggur iaitu sebanyak 46gm per dua cawan.

MAKANAN YANG MENYIHATKAN

 Menurut Ximena Jimenez dari Gans & America Academy of Nutrition & Dietetics, cara terbaik untuk mengambil snek sihat adalah dengan mengandungi 200 kalori sehari seperti yogurt, strawberi, pisang, epal & sebagainya.

MAKAN KERAP, TETAP LANGSING

 Menurut ahli gizi Tara Geise, ahli gizi dari Orlando, perbanyakkan jadual makan dari 3x kepada 6x sehari. Pilihlah kombinasi protein & karbohidrat kompleks berserat tinggi, sekaligus mengenyangkan perut.

SIHAT TAPI GEMUK

 Penelitian mengatakan seseorang yang mengambil bijirin ketika bersarapan akan cepat langsing. Jangan mudah terpedaya, teliti jenis & kandungan gula serta lemak. Baca lebel informasi & pilih yang rendah kalori, tinggi serat & tidak mengandungi gula.

DENGAN SEKEPING ROTI

Journal of The American Dietetic Association mengatakan roti penuh mil memberikan 5x rasa puas & kunyahan lebih lama berbanding roti putih. Ini kerana ia mengandungi serat yang lebih tinggi, lebih lama dihadamkan & rasa kenyang yang lebih lama.

PASTI ADA DALAM MENU

Kebanyakan anda sangat berhati-hati dalam menjaga makanan terutamanya ketika diet. Namun jangan sampai menghilangkan makanan kegemaran dalam menu anda.Tidak mengambil langsung akan menyebabkan anda akan mengambil secara berlebihan.Sebaliknya, lebih baik anda mengurangkannya sahaja.

NASI PUTIH KEPADA NASI MERAH

 Jika anda ingin langsing dalam waktu yang cepat, makanlah nasi merah, kentang(rebus), kekacang & roti gandum yang kaya serat sehinggakan badan akan terasa kenyang lebih lama.

No comments:

Post a Comment