itsAllAboutLivingMyth&HealthProducts

Wednesday, 21 November 2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR KEPADA DIRI SENDIRI..HEEEHEHEHE..

tiada matahari terbit pada 23, 24 & 25 Disember???

"Pihak NASA menjangkakan akan berlaku fenomena bumi akan gelap selama 3 hari iaitu bermula pada 23, 24 dan 25 Disember 2012. Apakah ini satu bencana atau anugerah? Entah benar atau ke tidak hanyalah jangkaan manusia sahaja."
...aduiyai..statement ape ni nak jangka-jangka? ..hehe..meh baca lagi..

"Para Saintis NASA menjangkakan perubahan alam semesta dengan kegelapan penuh pada bumi selama 3 hari bermula pada 23 Disember 2012 bukanlah akan berakhirnya usia dunia, tapi ini adalah “Penyejajaran Alam Semesta“, di mana matahari dan bumi akan berada pada satu garis lurus untuk pertama kalinya. Bumi akan bertukar tempat dari dimensi ke 3 ke dimensi 0, lalu bertukar lagi ke dimensi ke 4.Semasa proses pertukaran ini, seluruh alam akan menghadapi perubahan besar, dan kita akan melihat dunia yang baru (Dark of the Earth). Dunia gelap tanpa sinar, tanpa cahaya matahari.Semasa kejadian ini berlaku, bersedialah, ketenangan amatlah diperlukan, saling berhubung antara satu sama lain, berdoa, dan terus berdoa. Beristirehatlah di rumah selama 3 hari tu.Banyak perbahasan tentang apa yang akan terjadi 3 hari tersebut tapi ramai yang tidak percaya. Gini je lah!, kita tunggu dan lihat je lah nanti pada 23, 24 dan 24 Disember 2012 tu, ni hanyalah jangkaan atau ramalan manusia je, tak pasti. Tapi kalau benar-benar terjadi, sekurang-kurang kita dah tahu dan bersedia menghadapi dunia baru selama 3 hari tu nanti."


hmm..cemana nak cerita ye??

ok, ni pula penjelasan daripada NATIONAL PLANETERIUM yang dipetik terus daripada Laman Rasmi Planeterium Negara kita..

 

Kuala Lumpur, 24 Oktober - Pihak Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia ingin membuat pembetulakan an kenyataan dari sudut sains berhubung dengan blog-blog dan artikel-artikel berkenaan Bumi  Akan Bergelap Pada 23, 24 Dan 25 Disember 2012.

Maklumat tersebut adalah seperti berikut:

1.  Pada 21 Disember atau tarikh-tarikh berhampiran seperti 23, 24 da 25 Disember, Bumi, Matahari dan Pusat Galaksi kita (Bima Sakti) akan berada pada kedudukan selari seperti dirajah 1.

2. Berhampiran pusat Galaksi terdapat "Dark Dust Clouds" (awan-awan debu gelap) yang boleh menghalang kita daripada melihat sebahagian Galaksi kita.

Jadi andaian orang ramai adalah seperti:

# "Bila Bumi, Matahari dan pusat Galaksi selari (penjajaran) maka akan berlaku penumpuan daya graviti daripada Bumi, Matahari dan pusat Galaksi sehingga boleh mengakibatkan kemusnahan alam semesta."


# "Bila Bumi, Matahari dan pusat Galaksi selari dimana terdapat awan-awan debu gelap berhampiran pusat Galaksi, maka Bumi akan bergelap.


Semua andaian di atas adalah tidak benar kerana:
  • "Pusat Galaksi terlalu jauh dari Bumi dan Matahari (165 quadrilion batu), jadi kesan tarikan graviti adalah terlalu kecil."
  • Awan-awan debu gelap menghalang penglihatan kita ke arah pusat Galaksi bukannya menghalang Matahari daripada dilihat dari Bumi."
Terdapat juga video YouTube oleh pihak NASA yang telah disalahguna oleh pihak tertentu yang menunjukkan Pegawai Tabir NASA, Charles F. Bolden, Jr memberi penerangan berkenaan persediaan peribadi dan keluarga sekiranya berlaku kecemasan; merujuk kejadian 911, puting beliung, gempa bumi dan sebagainya. Pihak-pihak tertentu telah memanipulasi video tersebut dengan artikel "Bumi Akan Bergelap Pada 23, 24 dan 25 Disember 2012."

Hmmm..jadi, kepada semua Makhluk Tuhan di muka Bumi, harap dapat informasi yang tepat dan sebagai Khalifah Allah di Bumi kepunyaanNya, bertawakkallah & sentiasa menambah ibadah & kebajikan.
               

Sunday, 11 November 2012

ISLAM is AMAZING.. =)



Lelaki Inggris bertanya: "Kenapa dalam Islam wanita tidak boleh jabat tangan dengan Lelaki?"
Syeikh menjawab: "dapatkah kamu berjabat tangan dengan ratu Elizabeth?

Lelaki Inggris menjawab: "Oh tentu tidak boleh! Cuma orang-orang tertentu saja yang dapat berjabat tangan dengan ratu."

Syeikh tersenyum & berkata: “Wanita-wanita kami (Kaum muslimin) adalah para ratu, & ratu tidak boleh berjabat tangan dengan Lelaki sembarangan (yang bukan mahramnya).”


Lalu si Inggris bertanya lagi, "Kenapa perempuan Islam menutupi tubuh dan rambut mereka?"

Syeikh tersenyum dan punya 2 coklat, ia membuka yang pertama terus yang satu lagi tertutup. Dia melemparkan keduanya ke lantai yang kotor.

Syeikh bertanya: “Jika saya meminta Anda untuk mengambil satu coklat, mana yang Anda pilih?"

Si Inggris menjawab: "Yang tertutup...”
Syeikh berkata: “Itulah cara kami memperlakukan dan melihat perempuan kami.”

Si Inggris menjawab: "Wow Islam is Amazing...”

menghidupkan sunnah Nabi kita..


Di sebuah restoran mahal..

Seorang gadis bertudung makan seorang diri...

tiba-tiba datang sekumpulan remaja duduk di meja sebelah..
...

Seorang gadis dari kumpulan itu berkata :

"gadis kampung mana pulak datang restoran mahal camni pastu makan guna tangan pulak tu...ni mesti tak reti nak pakai sudu dan garfu kan.."

Seorang anak muda pulak menyampuk:

"ish...muka cantik..tapi makan sampai licin pinggan..malu doh kalau aku jadi bf dia..kalau awek aku makan x sampai separuh pinggan..diet katakan..nak jaga badan...."

Seorang lagi berkata :

"eww..tengok tu...sampai menjilat jari dowh..geli aku...pengotor rupanya awek ni..."..

Kemudian datang seorang lelaki yang tidak dikenali ke arah kumpulan remaja tu...

Lelaki tu berkata:

♥ Gadis bertudung itu makan guna tangan kerana ikut sunnah Rasulullah s.a.w. bukan kerana dia gadis kampung.

♥ Gadis bertudung itu makan sampai licin kerana dia tak ikut nafsu untuk membazir, bukan kerana dia tidak malu.

♥ Gadis bertudung itu makan sampai menjilat jari kerana ikut sunnah Rasulullah s.a.w, bukan kerana dia pengotor.

p/s : Rasulullah saw. bersabda yg bermaksud : “Sesiapa yg menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya ia telah mencintaiku, dan sesiapa yg mencintaiku, nescaya ia bersama-samaku di dalam syurga.. (Riwayat Anas ra.)

Cara senang utk dptkan pahala walaupun slps mati .


  • 1) Pasang kipas di surau/masjid wlaupun 1 , setiap kali org guna ...anda dpt pahala walau slps mati .
    2) Derma kerusi roda di hospital . Setiap kali psakit guna, anda akn dpt pahala .

    3) Beri baju kpd org , setiap kali org pakai , anda dpt pahala .

    4) Beri makanan kpd org , anda dpt pahala selagi makanan itumnjadi darah dagingnya .

    5) Menyampaikan ilmu yg bermanfaat , selagi mereka mengamalkan pahala anda tetap ada..

    B) Kongsi mesej ini kpd orang ramai. Walaupun 1 tolong kongsikan kpd org, anda akn dpt pahala sbb anda telah brdakwah utk sampaikan ilmu. InsyaAllah yg penting keikhlasan kerana Allah semata2...

    7 kalimat yg harus di biasakan..

    1) Bismillahirrahmannirrahim-Setiap hendak melakukan sesuatu.

    2) Alhamdulilah-Setiap habis melakukan sesuatu.

    3) Astagafirullah-Jika melakukan sesuatu yg buruk.

    4) InsyaAllah-Jika ingin melakukan sesuatu pada masa yg akan dtg.

    5) Laa hawla walaaquwwata illaah billaah-Bila tidak dpt melakukan sesuatu yg agak berat/melihat hal yg buruk.

    6) Innalillahi wainna ilaihi rojiun-Jika melihat/menghadapi musibah atau menerima khbr kematian.

    7) Lailaha illallah-Bacalah siang dan malam sebanyak-banyaknya.

    C) Ada 2 pilihan utk anda :

    1) Biarkn sja text ini tanpa bermanfaat utk org lain.

    2) Anda sebarkan kepada semua kenalan anda.

    Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yg menyampaikan 1 ilmu sja dan ada org yg mengamalknnya,maka walaupn yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala...
    Amiiin ya rabbal alamin

    Semoga bermanfaat.

kelebihan senyum

 1.     Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).” – Hadis Riwayat Muslim.
2.     Senyum merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh melaui sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Ini sangat bermanfaat dalam mengelakkan tekanan darah yang tinggi ke otak.
3.     Apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
4.     Senyuman bukan hanya sekadar reaksi terhadap sesuatu, malah ia juga terlibat dalam penghasilan endorphin yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu merasa lebih selesa dengan diri sendiri.
5.     Ketawa (berperasaan gembira) sebanyak 100 kali dalam tempoh 24 jam mempunyai manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit. Hal ini demikian kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Seterusnya, kedua-dua kadar ini akan turun lebih rendah daripada paras sebelum ketawa.
6.     “Tawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.” – Riwayat Tirmidzi.
7.     Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
8.     Apabila kita senyum, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-interferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit).
9.     Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.
10.   Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan bahan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, arthritis dan ulser.
11.   Senyuman dan ketawa adalah senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ia ibarat urutan terhadap organ-organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan daya tumpuan belajar. Ia juga melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.


12.   Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan.
13.   Senyum mampu menjadi penawar kepada penyakit rohani yang kronik. Ia juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah dan memulakan sebuah ukhuwwah.
14.   Dalam ajaran Islam, senyum mempunyai kedudukan yang setaraf dengan bersedekah. Sabda Rasulullah SAW: “Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar).
15.   Senyum seindah suria yang membawa cahaya.   Senyumlah dari hati.  Duniamu berseri. Senyum umpama titian dalam kehidupan. Kau tersenyum, ku tersenyum. Kemesraan menguntum. Senyum kepada semua.  Senyumanmu amatlah berharga. Senyum membahagiakan. Dengan senyuman, terjalinlah ikatan.

Friday, 9 November 2012

JUM KONGSI MAKANAN SIHAT NI...

Alkalete boleh mencegah pelbagai jenis penyakit kronik seperti:-
  • Kanser
  • Kencing Manis
  • Darah Tinggi
  • Darah Pekat
  • Penyakit Kulit
  • Gout
  • Migrain
  • Asma
  • Resdung
  • Sakit Puan
  • Lemah Tenaga Batin
  • Batu Karang
  • Mata Kelabu
  • Urat Saraf
  • SUKAR MENURUNKAN BERAT BADAN


 Alkalete ekslusif telah dipatenkan, sebatian galian semulajadi yang dianggap oleh ahli-ahli sains, biokimia, pakar-pakar kesihatan dan atlet untuk menjadi ramuan alkalization badan yang PALING BERKUASA DI DUNIA...

Alkalete adalah satu-satunya produk yang menunjukkan 50% + pengurangan purata keasidan badan berkurang dalam seminggu. Ia amat tinggi alkalinya dan bio-mineral tersedia.

Alkalete juga telah menerima pengiktirafan FDA sebagai BAHAN DIET BARU (NDI), satu produk keselamatan dan keseragaman. 

Ia adalah revolusi terbaru bersumberkan dari KAWAH GUNUNG BERAPI yang berusia 5000 tahun di Manitou, Colorado..


  • Dibuktikan secara saintifik untuk mengurangkan asid badan
  • Menyokong kesihatan & kekuatan tulang
  • Meningkatkan tenaga & ketahanan 
  • Meningkatkan kekuatan otot
  • Menyokong penurunan berat badan
  • Meningkatkan masa pemulihan
  • Menggalakkan kealkalian tubuh
  • Mengekalkan tahap PH badan yang seimbang
  • Mengurangkan gejala badan keseluruhan yang disebabkan oleh keradangan
  • Mengurangkan pelbagai isu pencernaan yang disebabkan oleh sisa asdi & makanan asid
  • Meningkatkan sistem imun ke tahap optimum
  • Membaiki & melancarkan penghadaman
  • Meningkatkan kadar serapan nutrisisebanyak 25%
  • BOLEH DIGUNAKAN DENGAN SELAMAT (GRAS) by FDA

YANG NI, SAYA PUNYA... \(=,=)/
dah lebih kurang sebulan pun saya mengunakan produk ni..berat badan saya turun 2.0 kilo..ngeehehe

senang je cara guna..antara yang pernah saya buat:-



  • bancuh pada minuman
  • tambah pada makanan
  • sarung serbuk Alkalete boleh dibuat collagen kat muka & sebagai baja tumbuhan
  • bancuh dengan air & siram pada pokok @ tumbuhan



Alkalete ni adalah bahan makanan yang PERTAMA DI MALAYSIA dan MALAYSIA ADALAH NEGARA KEDUA DIDUNIA YANG AKAN MEMASARKANNYA.... 
...DIDUNIA!!! ...DIDUNIA!!! saya ulang, DIDUNIA tau...!!!! =D

Yang ini ialah Alkalete yang telah dibancuh dengan air & sedia untuk diminum..warnanya sedikit keruh, tapi tak rasa apape pun, sama juga rasanya macam air minuman biasa..tapi khasiatnya sangat luar biasa & ini adalah air minuman TERBAIK DIDUNIA.
Tengok beza antara air mineral biasa yang kita minum dengan air minuman baru TERBAIK DI DUNIA..

haaa... kepada sesiapa yang amat mementingkan kesihatan tubuh badan yang BAIK & berkekalan, try lah cuba Alkalete untuk sebotol dulu..