itsAllAboutLivingMyth&HealthProducts

Thursday, 28 November 2013

cara mencuci kemaluan dengan betul

Sememangnya, kita mencuci dengan bersih tapi bersih bukan bermakna cara kita itu betul. Penting untuk kita pastikan diri kita bersih terutamanya di bahagian sulit. Selain untuk menjaga kesihatan ia juga penting untuk memastikan amal ibadat kita seharian di terima.


Kenapa penting untuk kita bersihkan kemaluan kita dengan betul?
Ramai orang merasakan diri mereka cukup bagus dengan banyak amal ibadah, bersedekah dan lain lain tetapi masih tidak terlepas dari azab api neraka.
Saidina Abu Bakar R.A. pernah hendak menyembahyang kan mayat seorang lelaki tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan lelaki itu. Lalu disuruhnya orang membukakannya. Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala kemaluan mayat lelaki itu.


Saidina Abu Bakar R.A. mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk membunuh nya. Tetapi ular itu tiba tiba berkata-kata. Katanya, "Apakah salah ku kerana aku diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan.” Diselidiki amalan lelaki itu semasa hayatnya, jelas dia merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluan nya setelah selesai membuang air kecil.
Jadi macam mana kita nak bersihkan diri dengan cara yang betul?
Lelaki dan wanita berbeza caranya. Bukan basuh sekadar dengan air dan asalkan bersih je.


Caranya -


Kaum lelaki:

♦ Selepas membuang air kecil, disunatkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing betul betul sudah habis keluar.
♦ Lepas itu urutlah kemaluan dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran.
♦ Kemudian basuhlah dengan air sebersihnya.


Kaum wanita pula:

♦ Apabila membasuh kemaluannya, pastikan dicucikan bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing- pusingkan semasa dilalu kan air bersih. ♦ Bukan dengan hanya menyimbah kan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja ia tidak membersih kan bahagian dalam kemaluan wanita yang itu.


Betul atau tidak cara kita selama ini? Kalau yang tak betul tu jom sama-sama betulkan supaya diri kita bersih dengan cara yang betul..

Tuesday, 26 November 2013

sebab-sebab wanita mudah gemuk..alahai..

Ada segelintir kaum suami mudah mencari perempuan lain kerana menganggap isteri mereka sudah tidak cantik, nampak tua, gemuk.. Tapi korang tahu tak sebab-sebab yang menjadikan para wanita khususnya isteri dan ibu cepat nampak tidak menarik?

1. Jika kita makan dengan perlahan dan mengunyah makanan sehingga benar-benar hancur, itu akan membantu proses penghadaman kita, sekaligus mengelakkan kita gemuk.. tetapi kasihan kaum ibu ini, terpaksa makan laju-laju, telan terus tanpa sempat dikunyah kerana nak memujuk anaknya yang menangis. Tapi si suami.. layan jer sambung makan, buat-buat tak dengar anaknya menangis. Jadi, wanita pun mudah jadi gemuk sebab makanan tak sempat nak hadam betul-betul.

2. Wanita juga mudah gemuk kerana sifat mereka yang tidak suka membazir. Makanan yang tidak habis dimakan oleh anaknya, maka dialah yang akan menghabiskannya pula. Sayang katanya… takut membazir. Membazir itukan amalan syaitan. Si suami pula dengan riaknya mengatakan “kau ni kuat betul makan!”

3. Bila anak menangis tengah malam nak minum susu, bapaknya akan tidur mati terus. Kalau yang dengar pun buat-buat tidur lena sebab malas nak bangun, malas nak ganggu tidurnya. Wanitalah yang dalam semalam, berapa puluh kali terpaksa bangun membuat susu untuk anak. Bila tak cukup tidur, mulalah muka nampak letih dan cepat nampak tua. Kedut-kedut pun mula wujud. Masa tu guna Total Effect ker, aper ker… takkan nak hilangnya. Petua untuk mencantikkan ada dua yang penting, minum air banyak dan TIDUR SECUKUPNYA.

4. Dan bagi wanita yang bekerjaya, sudahlah penat bekerja untuk membantu menambah pendapatan keluarga, bila balik rumah, semuanya dialah yang kena uruskan. Dengan perangai anak-anak, perangai bapaknya… nak itu, nak ini.. Jadi, wanita pun membebel, marah-marah… dan bila marah-marah, banyak leter, cepatlah jadi tua..

Kesimpulannya…wanita cepat tua dan cepat gemuk adalah disebabkan LELAKI atau lebih tepat lagi SUAMI.. Oleh itu, hargailah segala pengorbanan isteri korang. Mungkin sekiranya sehari sahaja isteri korang tiada, dan korang perlu memikul tanggungjawab dia sementara, korang mungkin tidak mampu melakukan seperti dia..

Tuesday, 8 October 2013

ooo...baru tahu..



Buat Chef2, suri rumahtangga dan sesape saje yang suka masak...

ini cara betul mengunakan garam dan juga untuk rawatan mengikut cara Rasulullah....

Kita Disogok dgn fakta palsu... Ambik garam lbh blh kena drh tinggi (INI PROTOKOL YAHUDI)
Back to cara hidup nabi kita...

Sblm maakn nabi letak secubit gaarm di lidah untuk elak santau dan tapis makanan yang akan di makan... 

Sampai di tempat baru...nabi ambik garam dulu untuk sesuaikan hormon tubuh di tempat baru... 
Untuk ubat penyakit rohani.. Air perlu di campur garam terutama sihir dan santau...knp?

SEBAB...

Allah dah cipta garam sebagai penarik toksid/asid/racun dalam darah atau tubuh dan juga penarik unsur2 negatif, (pengamalan Pengamal Perubatan Islam untuk bersih rumah atau pagar rumah perlu tabur garam di sekeliling rumah. Garam juga unsur yang boleh balance balik sistem tubuh kita...INI SUNNAH KITA...
Tapi garam boleh jadi rosak apabila dimasak atau bertindakbalas dengan suhu tinggi/panas...maksudnya kalau nak masak... Guna garam bukit dan jangan bubuh garam masa makanan gelegak atas dapur.tutup api dan biar suhu turun dulu.baru letak garam...kita panggil bubuh garam atas darat macam orang arab buat... Bubuh garam masa nak makan.

Sebab?

garam ada sodium dan potassium... Tubuh perlu potassium lebih..kalau panas garam hanya tinggal sodium.potassium rosak dalam suhu panas.sebab tu kena darah tinggi.
Selok-eloknya di tempat makan sentiasa ada mangkuk kecil garam dan sunnah Rasulullah SAW mencalit secubit garam menggunakan jari kelingking kanan dan diletakkan ke lidah bahagian depan. Ianya akan mengaktifkan kelenjar enzim penghadaman. Wallahu'alam.

Wednesday, 24 July 2013

Cara KEMPISkan perut tanpa makan UBAT


==========================
1. Minum air masak yang banyak.

Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.

2. Makan perlahan-lahan.

Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.

3. Kurangkan garam dalam makanan.

Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk.

4. Makan makanan yang penuh serat.

Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan ini.

5. Kesan pengambilan ubat.

Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.

6. Hindari sembelit.

Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.

7. Lakukan senaman atau bersukan.

Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.

Selamat mencuba



~myberita.net