itsAllAboutLivingMyth&HealthProducts

Wednesday 27 January 2016

Plank untuk sihat & seimbang

Anda pernah dengar @ baca mengenai plank?
Pada mereka yang pernah, sudahkah anda mencubanya?

*bagi mereka yang belum pernah, cubalah..yang tak pernah @ jarang bersenam, pasti anda akan terlajak semput!!  ~macam saya

Plank untuk ibu yang mempunyai bayi
Plank solo
Senaman rintangan adalah senaman yang mudah dan praktikal untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal. Plank adalah salah satu jenis senaman rintangan paling efektif yang anda boleh lakukan. Kenapa? Kerana ia memerlukan hanya sedikit masa dan memberikan keputusan memberangsangkan dalam jangka masa yang pendek.anda akan dapat banyak manfaat sekiranya aktiviti plank dilakukan setiap hari, antaranya;
  • Memperbaiki bentuk & prestasi otot teras
  • Mengurangkan risiko kecederaan di bahagian & tulang belakang
  • Merasai peningkatan metabolisme
  • Postur diperbaiki dengan ketara
  • Memperbaiki keseimbangan seluruh badan dengan baik
  • Anda akan menjadi lebih fleksibel
  • Anda akan mendapat manfaat mental
Credit to ;

http://thevocket.com/7-perkara-ini-terjadi-apabila-anda-buat-senaman-plank-setiap-hari/

No comments:

Post a Comment