itsAllAboutLivingMyth&HealthProducts

Friday 13 December 2013

jom try..

mari...mari...kita kongsi!
cerita best testimoni dari kampung halamanku, Kg. Sungai Apong, Sabak Bernam, Selangor..
Uncle saya.. (cheewah..xpe, kita guna perkataan poyo kit) .. uncle saya keje Pengawal Keselamatan sebagai Supervisor kat salah sebuah institut besar kat Sg. Lang, Selangor.. 

Keje sebagai Supervisor ni memang laa penat..! Penat fikir sebenarnya dengan kerenah anak-anak buah, nak jaga hati anak-anak buah, nak maintain prestasi kerja anak-anak buah..macam-macam lagi lah..

Dah hal kerja, balik rumah pulak dengan melayan anak-anak perempuan yang aktif & isteri. Belum hilang penat balik dari kerja, belum puas bermain dengan anak-anak, dah kene pulak ke kebun..almaklum, duduk di kampung..

Hari-hari bekerja syif pagi, beliau dok buat perkara yang sama...! Sampai naik beruban rambut di atas kepala..Luruh rambut-rambut sampai nak botak jadinya.. Kulit jadi kusam & sedikit berkedut sebab tak cukup rehat, kurang tidur & sebagainya..Kesian..
Pernah juga produk lebatkan rambut, hilangkan uban, tapi berkesan tak sampai sebulan..

tapi sekarang, lepas menggunakan produk ni beliau tak lagi mengalami masalah-masalah cantu..malah, beliau mengaku
* Badan maintain bertenaga 
lepas minum beberapa sachet Kopi Setunjang dalam beberapa hari. Pastu beliau mengambil keputusan untuk try kopi ni..Belum pun habis sebungkus x 15 Sachet, beliau mengaku lagi yang beliau mengalami perubahan
* Kulit semakin bersih & cerah
* Rambut berkilat & lebat
* Perut yang dulu boroi semakin kempis
 LIFETEA
Sangat sesuai untuk semua peringkat umur..
Kanak-kanak demam, boleh juga beri minum 2-3 sudu air bancuhan LIFETEA, InsyaAllah..kebah la demam..

Bagi sesiapa yang sembelit juga boleh cuba minum LIFETEA. Tak kira tua @ muda mahupun kanak-kanak..

Selain rasanya yang enak berikutan campuran Ekstrak buah-buahan, ia juga berkhasiat & baik untuk kesihatan.
SRI RAMPING ORANGE
* Yang ini walaupun gelarannya seperti hanya sesuai bagi mereka yang nak susut tubuh & berat badan terutamanya wanita, tapi sebenarnya lelaki pun boleh menggunakannya..

Ia bukan sekadar bancuhan untuk kurus semata-mata, ia juga mengandungi kolegen yang umumnya tahu tugas utama ialah mencantik & menganjalkan kulit..

Cuba dulu..baru tahu..



Wednesday 4 December 2013

PRODUK-PRODUK TERSOHOR ABAD INI


(Berdaftar dengan KKM)

Blinq Beauty Drink
(No Pendaftaran KKM : 20130925155924492)
Harga RM 150 (30 sachet)

Apa itu Blinq Beauty Drink Minuman 3 dalam 1 dengan pemakanan sunnah :

1. Kecantikkan :
- Kulit akan menjadi lebih tegang.
- Kulit akan cerah sekata seluruh badan.
- Garisan kedut berkurangan.
- Jeragat pudar.
- Open pores akan mengecil.
- Jerawat kecut seawal 3 hari.
- Parut jerawat hilang.
- Membantu merawat masalah rambut gugur.
- Membantu mendapatkan kuku yang cantik.

2. Kesihatan :
- Anti kanser No.1
- Menstabilkan tekanan darah.
- Tidak menggunakan gula.
- Menstabilkan hormon wanita.
- Memberi tenaga.
- Meningkatkan sistem imunisasi.
- Merawat ekzema
- Merawat masalah Arthitis (sakit sendi), tyroid, cyst / kalenjar.

3. Bentuk Badan Yang IDEAL :
- Membakar lemak.
- Memerangkap minyak.
- Meningkatkan kadar metabolisme badan.
- Rasa kenyang.
- Rendah karbohidrat
- Mengawal nafsu makan.

Kelebihan Blinq Beauty Drink berbanding produk lain :
- 3 dalam 1.
- Mengandungi pemakanan sunnah "habbatus sauda, madu, delima & kurma"
- JIMAT hanya dengan 1 minuman sahaja.
- Bentuk sachet yang mudah dibawa.
- Sesuai untuk "DIABETIC"
- Menggunakan Stevia sebagai pengganti Gula
- Collagen Marin Laut Dalam (Ikan Salmon) Kualiti Collagen Terbaik untuk penyerapan ke dalam tubuh badan.
- Soursop - ANTI KANSER
- Boleh diminum oleh Ibu dalam pantang dan "breast feeding"

===========================================

Blinq Beauty Bar (100gm)
NOT130804358K
Harga WM:RM40 | EM:RM45

Produk keluaran muslim bertaraf 5 bintang terbaru dari kami. Mengandungi Khasiat Lumpur Gunung Berapi yang diimport khas dari KOREA untuk anda..

* Detoksifikasi Kulit
* Meningkatkan Sirkulasi Darah
* Menghaluskan Kulit
* Menghilangkan Racun Dalam Kulit
* Bersifat Terapeutik
* Mengurangkan Stress
* Kandungan Mineral Yang Tinggi

Fakta : Jika di KOREA orang ramai sibuk mengambil kesempatan untuk berendam dalam lumpur gunung berapi. Kini kami bawakan untuk anda dalam bentuk Bar yang senang dibawa kemana-mana. Ia juga boleh digunakan untuk seluruh tubuh tidak semestinya muka sahaja.

==========================================

Blinq Firming Lotion (150ml)
(NOT130905107K)
Harga WM:RM40 | EM:RM45

Produk keluaran muslim bertaraf 5 bintang terbaru dari kami.
Agen pembakaran lemak terbaik untuk anda dengan ekstrak lada hitam..

* Efektif untuk pembakaran lemak bawah kulit
* Membentuk badan yang Ideal
* Pemanasan / Pembakaran lemak berterusan semasa pergerakan!
* Ekstrak Lada Hitam
* Merawat selulit & rekahan kulit
* Sesuai untuk kegunaan umum seperti lenguh-lenguh, ketidakselesaan perut, angin dsb

Picit sejumlah duit syiling 10sen pada tapak tangan dan sapukan pada bahagian yang dikehendaki.

Lebih 3000 orang telah mencuba Blinq Firming Lotion dan mendapat kesan yang positive. Berikut adalah antara komen mereka :

1. "Dyana Dhiani Melaka : Hanya sedikit sapuan....panasnya lama.....tapi selesa. Semakin byk pergerakan badan, semakin efektif rasa panasnya. Lg satu yg saya perasan, bila mkn makanan berminyak2.....sapukan di perut....kejap lg mesti ada output. Mmg awesome. Walaupun namanya slimming lotion, saya turut menyapu pada bhgn pinggang juga....terutama hari pertama datang bulan. Mmg bagus....Sangat berbaloi sebab diberikan secara percuma. Harap2....lepas ni ada lg keluaran blinq slimming lotion diberikan secara percuma."

2. "Khadijah Abd : seikhlasnya,mmg superb losyen ni..dpt melegakan sengugut sbb trase hangat..lancar je peredaran..pastu,klu ade masalah membuang,sebelomtdo,sapu2..insyaAllah pagi esok,terus membuang..perut pon kempis...yg plg best"pembakaran berterusan semasa pergerakan"mmg terbukti...bilaaktif,terasa hangat meresap ke kulit...."

3. "SN Harmizah : A ah opkos penah pakai..n slalu pakai..
Kalau sakit perut sbb senggugut, sapuuu losyen ni...
Kalau sakit perut atau sakit2 badan, sapuuuu losyen ni.,
Kalau nak ilangkan selulit kt tempat2 tertentu pun, sapuuuu losyen ni..(mmg berkesan!)
Kalau nak ilangkan lemak2 kt bhgn yg tersembunyi, sapuuu losyen ni..(serius mmg nmpk ada sikit kurusssssss)
Kalau lenguh2 kaki, sapuuuuu gak losyen ni.. (saye kerap gak sakit lutut!klh opah saya )
Kalau kaki rasa kebas2 atau 'cramp' tu elok la sapuuu losyen ni sbb ia memanaskan bdn n bg aliran darah berjalan lancar..
Tapi hati-hati kalau nak sapuuuu losyen ni..jgn sapu byk2 tau..panasssss!!kesannya lebih dr 24jam..
Wangi? Semestinyelah!!!"

==========================================

Blinq Nano Serum (30ml)
NOT130602070K
Harga WM:RM40 | EM:RM45

Produk keluaran muslim bertaraf 5 bintang terbaru dari kami. Mengandungi Nutrisi Eksklusif untuk kulit anda..

TESTIMONI

Blinq Nano Serum (30ml)
NOT130602070K
Harga WM:RM40 | EM:RM45

Produk keluaran muslim bertaraf 5 bintang terbaru dari kami. Mengandungi Nutrisi Eksklusif untuk kulit anda..

* Menganjalkan Kulit
* Mengurangkan Kedutan
* Agen Anti Penuaan Yang Baik
* Merawat Sunburn, Jerawat, Ruam & Biji Halus Pada Kulit
* Menyerap Lebihan Minyak Yang Keluar Dari Kulit
* Membuka dan Melancarkan Pernafasan Pada Permukaan Kulit
* Mengawal Hormon & Suhu Kulit Wajah Pada Tahap Normal

Cara penggunaan hanya sapu pada muka anda sebelum skincare.

Lebih 3000 orang telah mencuba Blinq Nano Serum dan mendapat kesan yang positive. Berikut adalah antara komen mereka :

1. "Norsaliza Abu Bakar : Best sgt nano serum blinq...kulit sy jenis sensitif ..menggunakan nano nie membantu mengurangkan sensitif kulit n dapat membantu mengelakkan jerawat..saya suka nano serum..bila lg nak jual di pasaran sis"
2. "Pueraria Mirifica : lepas pakai BNS ni rasa lain mcm.sebelum ni tak pnh rsa cm ni.perubahannyer sgt ketara.suka sgt2..tpi nk pakai selalu syg takut cpt habis.saya de mslh kulit kusam tak bermaya,jeragat,kulit yg kering,eyebag n bengkak bwh mata,lingkaran gelap sekitar mulut.Alhamdulillah lps 2 minggu guna pori muka mengecil,jeragat smakin pudar, muka cerah sekata dan lembab je.saya suka BNS sgt2.."
3. "Teduhan Kasih : Sejak sya menggunakannya kulit memang halus sangat lembut gebu cerah sempurna selama sebulan hasilnya memuaskan wajah kusam tiada lagi jerawat jeragatpun dah berkurangan,sya akn teruskan menggunakan produk ni harus diyakini sangat puashati kualitinya berbaloi menjimatkan dengan berkesan,,yang paling penting sesuai untuk semua jenis kulit sebab family syapun pengguna setia blinq nano serum percaya kulit anjal dan awet muda"



Anda bila lagi nak mencuba?
Hubungi saya segera untuk mendapatkan "harga terjun gaung" yang meletop!! 
017 - 314 2415 lina

Tuesday 3 December 2013

ADAB MANDIKAN BAYI BARU LAHIR...




Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan tinggal di alam rahim. Justeru ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam.Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.



1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.




2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.

3. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.

4. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.

5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.




6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.





7. Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.

8. Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.

Waktu Berjimak Yang Dituntut Dalam Islam

Waktu Berjimak Yang Dituntut Dalam Islam
Sangat bagus jika diamalkan kerana ada keberkatannya.

1) Berjimak pada malam Isnin.Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab Allah dan redha terhadap segala pembahagian allah s. w. t

2) Pada malam Selasa.
Jika Allah mengurniakan anak ia akan mendapat nikmat mati syahid sesudah syahadah, dan Allah tidak akan azabkanya (turun bala) kepadanya bersama-sama orang musyrikin.

Mulutnya berbau harum, yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu domba.

3) Pada malam Khamis.
Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yg bijaksana dikalangan yang bijaksana atau orang alim dikalangan orang alim.

4) Sewaktu matahari ditengah langit.
Jika Allah mengurniakan anak yang tidak dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang yang faqih. Serta Allah s. w. t rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.

5) Pada malam Jumaat.Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang pemidato yang berwibawa dan petah.

6) Hari Jumaat selepas asar.
Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang anak yang terkenal, masyhur dan alim.

7) Malam Jumaat selepas Isyak yang akhir.Jika Allah mengurniakan anak ia diharapkan menjadi seorang yang terkemuka.

Bacalah doa berlindung dari syaitan.Jika Allah kurniakan anak tidak dimudaratkan oleh syaitan terhadapnya selama-lamanya." ..

Wallau'alam.. :) Sekadar berkongsi..

Thursday 28 November 2013

cara mencuci kemaluan dengan betul

Sememangnya, kita mencuci dengan bersih tapi bersih bukan bermakna cara kita itu betul. Penting untuk kita pastikan diri kita bersih terutamanya di bahagian sulit. Selain untuk menjaga kesihatan ia juga penting untuk memastikan amal ibadat kita seharian di terima.


Kenapa penting untuk kita bersihkan kemaluan kita dengan betul?
Ramai orang merasakan diri mereka cukup bagus dengan banyak amal ibadah, bersedekah dan lain lain tetapi masih tidak terlepas dari azab api neraka.
Saidina Abu Bakar R.A. pernah hendak menyembahyang kan mayat seorang lelaki tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan lelaki itu. Lalu disuruhnya orang membukakannya. Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala kemaluan mayat lelaki itu.


Saidina Abu Bakar R.A. mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk membunuh nya. Tetapi ular itu tiba tiba berkata-kata. Katanya, "Apakah salah ku kerana aku diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan.” Diselidiki amalan lelaki itu semasa hayatnya, jelas dia merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluan nya setelah selesai membuang air kecil.
Jadi macam mana kita nak bersihkan diri dengan cara yang betul?
Lelaki dan wanita berbeza caranya. Bukan basuh sekadar dengan air dan asalkan bersih je.


Caranya -


Kaum lelaki:

♦ Selepas membuang air kecil, disunatkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing betul betul sudah habis keluar.
♦ Lepas itu urutlah kemaluan dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran.
♦ Kemudian basuhlah dengan air sebersihnya.


Kaum wanita pula:

♦ Apabila membasuh kemaluannya, pastikan dicucikan bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing- pusingkan semasa dilalu kan air bersih. ♦ Bukan dengan hanya menyimbah kan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja ia tidak membersih kan bahagian dalam kemaluan wanita yang itu.


Betul atau tidak cara kita selama ini? Kalau yang tak betul tu jom sama-sama betulkan supaya diri kita bersih dengan cara yang betul..

Tuesday 26 November 2013

sebab-sebab wanita mudah gemuk..alahai..

Ada segelintir kaum suami mudah mencari perempuan lain kerana menganggap isteri mereka sudah tidak cantik, nampak tua, gemuk.. Tapi korang tahu tak sebab-sebab yang menjadikan para wanita khususnya isteri dan ibu cepat nampak tidak menarik?

1. Jika kita makan dengan perlahan dan mengunyah makanan sehingga benar-benar hancur, itu akan membantu proses penghadaman kita, sekaligus mengelakkan kita gemuk.. tetapi kasihan kaum ibu ini, terpaksa makan laju-laju, telan terus tanpa sempat dikunyah kerana nak memujuk anaknya yang menangis. Tapi si suami.. layan jer sambung makan, buat-buat tak dengar anaknya menangis. Jadi, wanita pun mudah jadi gemuk sebab makanan tak sempat nak hadam betul-betul.

2. Wanita juga mudah gemuk kerana sifat mereka yang tidak suka membazir. Makanan yang tidak habis dimakan oleh anaknya, maka dialah yang akan menghabiskannya pula. Sayang katanya… takut membazir. Membazir itukan amalan syaitan. Si suami pula dengan riaknya mengatakan “kau ni kuat betul makan!”

3. Bila anak menangis tengah malam nak minum susu, bapaknya akan tidur mati terus. Kalau yang dengar pun buat-buat tidur lena sebab malas nak bangun, malas nak ganggu tidurnya. Wanitalah yang dalam semalam, berapa puluh kali terpaksa bangun membuat susu untuk anak. Bila tak cukup tidur, mulalah muka nampak letih dan cepat nampak tua. Kedut-kedut pun mula wujud. Masa tu guna Total Effect ker, aper ker… takkan nak hilangnya. Petua untuk mencantikkan ada dua yang penting, minum air banyak dan TIDUR SECUKUPNYA.

4. Dan bagi wanita yang bekerjaya, sudahlah penat bekerja untuk membantu menambah pendapatan keluarga, bila balik rumah, semuanya dialah yang kena uruskan. Dengan perangai anak-anak, perangai bapaknya… nak itu, nak ini.. Jadi, wanita pun membebel, marah-marah… dan bila marah-marah, banyak leter, cepatlah jadi tua..

Kesimpulannya…wanita cepat tua dan cepat gemuk adalah disebabkan LELAKI atau lebih tepat lagi SUAMI.. Oleh itu, hargailah segala pengorbanan isteri korang. Mungkin sekiranya sehari sahaja isteri korang tiada, dan korang perlu memikul tanggungjawab dia sementara, korang mungkin tidak mampu melakukan seperti dia..

Wednesday 9 October 2013

NAK JADI AHLI SHAKLEE?

Nowadays bertubi-tubi iklan yang kite bace pasal produk-produk kesihatan..kecantikan..kekuatan..hehheh..macam-macam..
Antara produk yang kite dengar N sangat popular ialah SHAKLEE..

Dulu, saye keberatan sangat nak mencuba produk kesihatan yang diorang-diorang iklan yang kebanyakannya di media massa..almaklum la skang ni sume dihujung jari. Sehingga la terjadinya satu peristiwa yang membawa kepada perasaan saye nak cube produk ni..

Survey punye survey, saye try berhubung ngan sorang sis ni dari Putrajaya..
Beliau agen sah produk Shaklee kat sane..saye tertarik nak order untuk try produk ni kat beliau sebab kos penghantaran percuma! hahaha..beliau pun maklum yang beliau ambil harga ahli je..

Skang ni dah nak masok sebulan lebih kit laa makan suppliment Shaklee untuk memenuhi keperluan "peristiwa" saye tu..hehehe..Alhamdulillah, dengan izin Allah, berkesan la pulak..serasi kat tubuh.
Ape lagi..beronok-ronok laa dalam hati bila impian tercapai walaupun baru pada peringkat permulaan..
Pastu ni terdetik lak dalam hati, nak jadik ahli produk ni pulak..pe kata kite nengok cane cara nak daftar...

Cara Mendaftar?


Daftarkan keanggotaan anda bersama WeLoveSusuIbu & WeLoveShaklee secara:

membayar pendaftaran dengan hanya RM65 seumur hidup
membuat pembelian 200 points (bersamaan RM660 untuk Semenanjung Malaysia atau RM850 untuk Sabah/Sarawak)



Pelbagai ganjaran menarik bakal menanti anda.


Mengapa Mendaftar dengan WeLoveSusuIbu & WeLoveShaklee?



Bimbingan bersama Kumpulan Elit, Rahsia dan Santai di Facebook
Latihan Secara Face-to-Face di kawasan anda
1-to-1 Mentoring dan Coaching
Penekanan Amalan Rohani
Selain dari di atas kelebihan lain yang akan dinikmati antaranya adalah:

Member Kit Shaklee (mengandungi manual perniagaan, panduan dan etika dalam memasarkan produk Shaklee)
Diskaun, Points dan Komisen (membeli produk Shaklee dengan harga diskaun. Menikmati komisen dari jumlah point yang terkumpul)
Kelas Anjuran Shaklee (peluang menyertai kelas produk dan motivasi jualan di cawangan-cawang Shaklee)


Inilah masanya bagi menukarkan kehidupan biasa anda, kepada sesuatu yang luar biasa. Paling utama, kehendak anda melakukannya.


Tukarkan waktu berehat yang panjang di depan tv kepada meraih keuntungan yang halal dengan produk Shaklee.


Usah terlampau memikir, apa, bagaimana dan berbagai lagi soalan.


Lebih lama masa yang dihabiskan dengan berfikir hanya menaikkan risiko anada tidak membuat apa-apa. Dan akhirnya, hanya penyesalan yang tinggal kerana masa dihabiskan dengan perbuatan yang langsung tidak memberi manfaat.


hahaha..ni pun dapat dari iklan jugak ni..jadi, jom laa ramai-ramai kite jadik sihat..kumpul sikit-sikit, lame-lame jadik bukit..hehe jangan kumpul penyakit. Tapi kumpul la duit..hehe.. Hati senang, jangan lupa Tuhan.. ngeehehe..

Tuesday 8 October 2013

ooo...baru tahu..



Buat Chef2, suri rumahtangga dan sesape saje yang suka masak...

ini cara betul mengunakan garam dan juga untuk rawatan mengikut cara Rasulullah....

Kita Disogok dgn fakta palsu... Ambik garam lbh blh kena drh tinggi (INI PROTOKOL YAHUDI)
Back to cara hidup nabi kita...

Sblm maakn nabi letak secubit gaarm di lidah untuk elak santau dan tapis makanan yang akan di makan... 

Sampai di tempat baru...nabi ambik garam dulu untuk sesuaikan hormon tubuh di tempat baru... 
Untuk ubat penyakit rohani.. Air perlu di campur garam terutama sihir dan santau...knp?

SEBAB...

Allah dah cipta garam sebagai penarik toksid/asid/racun dalam darah atau tubuh dan juga penarik unsur2 negatif, (pengamalan Pengamal Perubatan Islam untuk bersih rumah atau pagar rumah perlu tabur garam di sekeliling rumah. Garam juga unsur yang boleh balance balik sistem tubuh kita...INI SUNNAH KITA...
Tapi garam boleh jadi rosak apabila dimasak atau bertindakbalas dengan suhu tinggi/panas...maksudnya kalau nak masak... Guna garam bukit dan jangan bubuh garam masa makanan gelegak atas dapur.tutup api dan biar suhu turun dulu.baru letak garam...kita panggil bubuh garam atas darat macam orang arab buat... Bubuh garam masa nak makan.

Sebab?

garam ada sodium dan potassium... Tubuh perlu potassium lebih..kalau panas garam hanya tinggal sodium.potassium rosak dalam suhu panas.sebab tu kena darah tinggi.
Selok-eloknya di tempat makan sentiasa ada mangkuk kecil garam dan sunnah Rasulullah SAW mencalit secubit garam menggunakan jari kelingking kanan dan diletakkan ke lidah bahagian depan. Ianya akan mengaktifkan kelenjar enzim penghadaman. Wallahu'alam.

Wednesday 24 July 2013

Cara KEMPISkan perut tanpa makan UBAT


==========================
1. Minum air masak yang banyak.

Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.

2. Makan perlahan-lahan.

Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.

3. Kurangkan garam dalam makanan.

Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk.

4. Makan makanan yang penuh serat.

Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan ini.

5. Kesan pengambilan ubat.

Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.

6. Hindari sembelit.

Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.

7. Lakukan senaman atau bersukan.

Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.

Selamat mencuba



~myberita.net

Wednesday 2 January 2013

Rahsia Purba Atasi Perut Buncit




Ia memang rahsia, dan ianya telah disimpan selama 100 tahun. Namun, anda adalah pembaca bertuah kerana saya akan bongkarinya khas untuk anda. Rahsia ini berkaitan dengan bagaimana mengatasi masalah perut buncit. Ya, rahsia purba tentang mengatasi masalah perut buncit.

Anda senyum? Tidak mengapa.. Jika hanya 'disebut' sahaja membuat anda tersenyum, bagaimana pula jika anda berada di kalangan mereka yang memiliki perut yang buncit. Anda pula yang akan mendapat 'senyuman' daripada orang sekeliling anda. Walaupun anda memakai baju mengikut ukuran badan anda, namun kadang kala masalah perut buncit masih lagi kelihatan. Malah lebih menyedihkan anda ada yang menerima perlian daripada rakan-rakan. Walau pun mungkin hanya gurauan bagi mereka, tetapi dalam hati anda, hanya tuhan saja yang tahu!

Jika lelaki akan menerima perlian...

"Besar pouch bag awak.. apa isinya?".

Kalau perempuan pula lagi segan..

"Mengandung lagi ke? Aikk.. cepatnya"

Siapa tak malu jika memiliki perut yang buncit ni. Jika perut buncit tapi bawa Ferrari, itu lain cerita.. tapi jika perut buncit sebab nafsu makan yang luar biasa. Ada sesuatu di depan mata yang menyedapkan semua pasti di 'kebas'. Itu yang susah tu.

Tapi usah risau. Kali ini, saya akan muncul sebagai penyelamat walaupun saya tahu 95% mereka yang membaca rahsia ini hanya membaca sahaja dan tidak melakukan, lagi 4% akan melakukan selama 3 hari sahaja dan lagi 1% ... agak saya lah, mereka teruskan selama 2 minggu. Agakkan saja saja ya,

Apa pun saya rasa anda tidak lah begitu. Saya yakin, anda seorang yang berjiwa kental, kekal dengan matlamat mahu memusnahkan perut buncit anda tersebut. Namun, ianya ianya tidak akan berguna sekiranya anda tidak bermula dengan tindakan yang positif.

Takkan hilang perut buncit jika anda masih terus duduk di hadapan sofa sambil minum coke. Sia-sia jika hanya berharap sekadar keinginan semata-mata. Jawabnya sampai ke tahun hadapan perut anda masih akan mara ke depan.

Semoga tips step by step ini berguna untuk anda. Saya mengharapkan agar anda tergolong dalam golongan 1% iaitu orang yang melakukan. Orang yang mempunyai keinginan yang kuat dan dibuktikan dengan perbuatan.




Berikut adalah tips rahsia purba bagaimana untuk menghilangkan perut buncit.

Step 1 : Kempiskan perut buncit

Latihan angkatan beban dapat mengempiskan seterusnya dapat menghilangkan perut buncit. "Tapi, saya tak ada duit untuk ke Gym bro.. bagaimana?"

Ohh.. Jangan risau.. Angkatan beban sebenarnya tak perlu susah-susah pun.. Mulakan dengan melakukan sit up. Itu juga salah satu angkatan beban menggunakan berat badan anda sebagai beban. Yang lebih best ialah sit up ini fokus kepada kekuatan perut dan ia memberi kesan terhadap perut buncit anda.

Lakukan 3 set setiap sesi dengan angkatan sit up 12 kali setiap sesi. Sebelum masuk ke sesi ke -2, lakukan planking selama 30 saat ya. Teruskan sebegitu sehingga sesi ke-3, berselang seli dengan planking. Total masa yang diambil untuk sesi ini ialah tidak sampai 15 minit pun. Mudah bukan?

Step 2 : Bakar lemak perut buncit

Apa yang penting, ubah cara pemakanan anda. Jika selama ini, anda makan breakfast roti canai/nasi lemak/nasi dagang.. TAPI nak hilangkan perut buncit ni, anda kena ambil biskut oats dan air malt coklat. Kalau sebelum ini, makan tengahari anda ambil nasi penuh.. Mohon ianya dikurangkan kepada suku. Boleh kan? =)

Saya akui ia agak sukar. Namun ianya lebih perlu dibendung daripada ianya menjadi semakin parah. Mencegah itu lebih baik. Maka cegahlah perut buncit itu bermula dari mengawal pengambilan makanan anda.

Step 3 : Nyahkan/ Buangkan perut buncit

Lebihkan melakukan senaman. Bagaimana? Anda perlu lakukan senaman extra 5-15 minit setiap hari. Jika selama ini, anda bersenam 15 minit setiap hari maka untuk menyahkan perut buncit ini, anda kena bersenam extra lagi 5-15 minit.

Terbaik ialah bersenam kardio selama 30 minit setiap hari secara konsisten dan kemudian disambung dengan senaman angkatan beban selama 15 minit. Fuhh.. kalau anda berkomitmen dengan ini, tahulah akibatnya selepas 1 bulan.. Six pack lah jadinya.

Step 4 : Mengtong sampahkan perut buncit


Makan lebih banyak makanan yang mempunyai 'whole grain'. Apakah whole grain ini? Contoh makanan 'whole grain' untuk mengtong sampahkan perut buncit ialah seperti biskut gandum, oats dan berat perang (Basthmathi atau Beras Herba ponni taj mahal)

Saya akui harganya memang sedikit mahal TETAPI apa lah salahnya jika anda korbankan sedikit wang anda untuk kesihatan anda. Jika anda sanggup dan mampu berbelanja untuk menukar handphone touchscreen berjenama, kereta mahal. Tidak salah rasanya jika habiskan sikit duit ke arah kesihatan yang lebih baik kan.



Kesimpulannya, untuk melakukan 5 steps di atas pastinya bukanlah satu kerja yang mudah buat anda. Apatah lagi ia memerlukan konsistent daripada anda. Apapun, lakukan setakat mana yang termampu terlebih dahulu. Jika tidak mampu berjogging, maka anda mulakan lah dengan berjalan laju. Jika anda tidak larat berjalan laju, mulakan lah dengan berjalan perlahan.

Ikut kemampuan anda ya.. Ubah habit anda kepada kehidupan yang lebih sihat. Walaupun anda seberat 130kg pun, tidak mengapa. Mungkin anda merasa sedikit rendah dirilah sebab mungkin anda seberat 130kg. Tapi, jangan merasa rendah diri lagi. Buktikan anda juga mampu menjadi seperti orang lain. Belum cuba belum tahu lagi kan..




"Whatever you want your children to 

be tomorrow, be that person today."


- (Shaykh Abdul Nasir Jangda)

Adab-Adab Berhadapan Dengan Suami




Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab.


Amat malang sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap sedemikian. Hilanglah matlamat perkahwinan di mana isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga. Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan dengan suami.


1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampukatau memotong cakapnya.


2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.


3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.


4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam).


5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung dihatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.


6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.


7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.


8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.


9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri.


10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.


11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya. Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.


12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.


Akhir kata hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya.

love



uuuwwwh..suwwwittnye..eehehe..

KELEBIHAN MINUM AIR MASAK:

1. Menguruskan badan
Khabar gembira buat para wanita yang tengah berdiet. Air putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita.

2. Meningkatkan kesuburan
Air putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.

3. Melancarkan sistem pencernaan
Minum air putih dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.

4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser. 
Air putih bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.

5. Perawatan kecantikan
Kekurangan pengambilan air putih menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut.

6. Tubuh lebih segar dan sihat
Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.

7. Menyihatkan jantung
Air putih juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air putih.

8. Ubat kepada penyakit strok
Air putih tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.