itsAllAboutLivingMyth&HealthProducts

Wednesday, 21 November 2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR KEPADA DIRI SENDIRI..HEEEHEHEHE..

tiada matahari terbit pada 23, 24 & 25 Disember???

"Pihak NASA menjangkakan akan berlaku fenomena bumi akan gelap selama 3 hari iaitu bermula pada 23, 24 dan 25 Disember 2012. Apakah ini satu bencana atau anugerah? Entah benar atau ke tidak hanyalah jangkaan manusia sahaja."
...aduiyai..statement ape ni nak jangka-jangka? ..hehe..meh baca lagi..

"Para Saintis NASA menjangkakan perubahan alam semesta dengan kegelapan penuh pada bumi selama 3 hari bermula pada 23 Disember 2012 bukanlah akan berakhirnya usia dunia, tapi ini adalah “Penyejajaran Alam Semesta“, di mana matahari dan bumi akan berada pada satu garis lurus untuk pertama kalinya. Bumi akan bertukar tempat dari dimensi ke 3 ke dimensi 0, lalu bertukar lagi ke dimensi ke 4.Semasa proses pertukaran ini, seluruh alam akan menghadapi perubahan besar, dan kita akan melihat dunia yang baru (Dark of the Earth). Dunia gelap tanpa sinar, tanpa cahaya matahari.Semasa kejadian ini berlaku, bersedialah, ketenangan amatlah diperlukan, saling berhubung antara satu sama lain, berdoa, dan terus berdoa. Beristirehatlah di rumah selama 3 hari tu.Banyak perbahasan tentang apa yang akan terjadi 3 hari tersebut tapi ramai yang tidak percaya. Gini je lah!, kita tunggu dan lihat je lah nanti pada 23, 24 dan 24 Disember 2012 tu, ni hanyalah jangkaan atau ramalan manusia je, tak pasti. Tapi kalau benar-benar terjadi, sekurang-kurang kita dah tahu dan bersedia menghadapi dunia baru selama 3 hari tu nanti."


hmm..cemana nak cerita ye??

ok, ni pula penjelasan daripada NATIONAL PLANETERIUM yang dipetik terus daripada Laman Rasmi Planeterium Negara kita..

 

Kuala Lumpur, 24 Oktober - Pihak Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia ingin membuat pembetulakan an kenyataan dari sudut sains berhubung dengan blog-blog dan artikel-artikel berkenaan Bumi  Akan Bergelap Pada 23, 24 Dan 25 Disember 2012.

Maklumat tersebut adalah seperti berikut:

1.  Pada 21 Disember atau tarikh-tarikh berhampiran seperti 23, 24 da 25 Disember, Bumi, Matahari dan Pusat Galaksi kita (Bima Sakti) akan berada pada kedudukan selari seperti dirajah 1.

2. Berhampiran pusat Galaksi terdapat "Dark Dust Clouds" (awan-awan debu gelap) yang boleh menghalang kita daripada melihat sebahagian Galaksi kita.

Jadi andaian orang ramai adalah seperti:

# "Bila Bumi, Matahari dan pusat Galaksi selari (penjajaran) maka akan berlaku penumpuan daya graviti daripada Bumi, Matahari dan pusat Galaksi sehingga boleh mengakibatkan kemusnahan alam semesta."


# "Bila Bumi, Matahari dan pusat Galaksi selari dimana terdapat awan-awan debu gelap berhampiran pusat Galaksi, maka Bumi akan bergelap.


Semua andaian di atas adalah tidak benar kerana:
  • "Pusat Galaksi terlalu jauh dari Bumi dan Matahari (165 quadrilion batu), jadi kesan tarikan graviti adalah terlalu kecil."
  • Awan-awan debu gelap menghalang penglihatan kita ke arah pusat Galaksi bukannya menghalang Matahari daripada dilihat dari Bumi."
Terdapat juga video YouTube oleh pihak NASA yang telah disalahguna oleh pihak tertentu yang menunjukkan Pegawai Tabir NASA, Charles F. Bolden, Jr memberi penerangan berkenaan persediaan peribadi dan keluarga sekiranya berlaku kecemasan; merujuk kejadian 911, puting beliung, gempa bumi dan sebagainya. Pihak-pihak tertentu telah memanipulasi video tersebut dengan artikel "Bumi Akan Bergelap Pada 23, 24 dan 25 Disember 2012."

Hmmm..jadi, kepada semua Makhluk Tuhan di muka Bumi, harap dapat informasi yang tepat dan sebagai Khalifah Allah di Bumi kepunyaanNya, bertawakkallah & sentiasa menambah ibadah & kebajikan.
               

Sunday, 11 November 2012

ISLAM is AMAZING.. =)



Lelaki Inggris bertanya: "Kenapa dalam Islam wanita tidak boleh jabat tangan dengan Lelaki?"
Syeikh menjawab: "dapatkah kamu berjabat tangan dengan ratu Elizabeth?

Lelaki Inggris menjawab: "Oh tentu tidak boleh! Cuma orang-orang tertentu saja yang dapat berjabat tangan dengan ratu."

Syeikh tersenyum & berkata: “Wanita-wanita kami (Kaum muslimin) adalah para ratu, & ratu tidak boleh berjabat tangan dengan Lelaki sembarangan (yang bukan mahramnya).”


Lalu si Inggris bertanya lagi, "Kenapa perempuan Islam menutupi tubuh dan rambut mereka?"

Syeikh tersenyum dan punya 2 coklat, ia membuka yang pertama terus yang satu lagi tertutup. Dia melemparkan keduanya ke lantai yang kotor.

Syeikh bertanya: “Jika saya meminta Anda untuk mengambil satu coklat, mana yang Anda pilih?"

Si Inggris menjawab: "Yang tertutup...”
Syeikh berkata: “Itulah cara kami memperlakukan dan melihat perempuan kami.”

Si Inggris menjawab: "Wow Islam is Amazing...”

menghidupkan sunnah Nabi kita..


Di sebuah restoran mahal..

Seorang gadis bertudung makan seorang diri...

tiba-tiba datang sekumpulan remaja duduk di meja sebelah..
...

Seorang gadis dari kumpulan itu berkata :

"gadis kampung mana pulak datang restoran mahal camni pastu makan guna tangan pulak tu...ni mesti tak reti nak pakai sudu dan garfu kan.."

Seorang anak muda pulak menyampuk:

"ish...muka cantik..tapi makan sampai licin pinggan..malu doh kalau aku jadi bf dia..kalau awek aku makan x sampai separuh pinggan..diet katakan..nak jaga badan...."

Seorang lagi berkata :

"eww..tengok tu...sampai menjilat jari dowh..geli aku...pengotor rupanya awek ni..."..

Kemudian datang seorang lelaki yang tidak dikenali ke arah kumpulan remaja tu...

Lelaki tu berkata:

♥ Gadis bertudung itu makan guna tangan kerana ikut sunnah Rasulullah s.a.w. bukan kerana dia gadis kampung.

♥ Gadis bertudung itu makan sampai licin kerana dia tak ikut nafsu untuk membazir, bukan kerana dia tidak malu.

♥ Gadis bertudung itu makan sampai menjilat jari kerana ikut sunnah Rasulullah s.a.w, bukan kerana dia pengotor.

p/s : Rasulullah saw. bersabda yg bermaksud : “Sesiapa yg menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya ia telah mencintaiku, dan sesiapa yg mencintaiku, nescaya ia bersama-samaku di dalam syurga.. (Riwayat Anas ra.)

Cara senang utk dptkan pahala walaupun slps mati .


  • 1) Pasang kipas di surau/masjid wlaupun 1 , setiap kali org guna ...anda dpt pahala walau slps mati .
    2) Derma kerusi roda di hospital . Setiap kali psakit guna, anda akn dpt pahala .

    3) Beri baju kpd org , setiap kali org pakai , anda dpt pahala .

    4) Beri makanan kpd org , anda dpt pahala selagi makanan itumnjadi darah dagingnya .

    5) Menyampaikan ilmu yg bermanfaat , selagi mereka mengamalkan pahala anda tetap ada..

    B) Kongsi mesej ini kpd orang ramai. Walaupun 1 tolong kongsikan kpd org, anda akn dpt pahala sbb anda telah brdakwah utk sampaikan ilmu. InsyaAllah yg penting keikhlasan kerana Allah semata2...

    7 kalimat yg harus di biasakan..

    1) Bismillahirrahmannirrahim-Setiap hendak melakukan sesuatu.

    2) Alhamdulilah-Setiap habis melakukan sesuatu.

    3) Astagafirullah-Jika melakukan sesuatu yg buruk.

    4) InsyaAllah-Jika ingin melakukan sesuatu pada masa yg akan dtg.

    5) Laa hawla walaaquwwata illaah billaah-Bila tidak dpt melakukan sesuatu yg agak berat/melihat hal yg buruk.

    6) Innalillahi wainna ilaihi rojiun-Jika melihat/menghadapi musibah atau menerima khbr kematian.

    7) Lailaha illallah-Bacalah siang dan malam sebanyak-banyaknya.

    C) Ada 2 pilihan utk anda :

    1) Biarkn sja text ini tanpa bermanfaat utk org lain.

    2) Anda sebarkan kepada semua kenalan anda.

    Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yg menyampaikan 1 ilmu sja dan ada org yg mengamalknnya,maka walaupn yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala...
    Amiiin ya rabbal alamin

    Semoga bermanfaat.

kelebihan senyum

 1.     Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).” – Hadis Riwayat Muslim.
2.     Senyum merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh melaui sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Ini sangat bermanfaat dalam mengelakkan tekanan darah yang tinggi ke otak.
3.     Apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
4.     Senyuman bukan hanya sekadar reaksi terhadap sesuatu, malah ia juga terlibat dalam penghasilan endorphin yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu merasa lebih selesa dengan diri sendiri.
5.     Ketawa (berperasaan gembira) sebanyak 100 kali dalam tempoh 24 jam mempunyai manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit. Hal ini demikian kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Seterusnya, kedua-dua kadar ini akan turun lebih rendah daripada paras sebelum ketawa.
6.     “Tawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.” – Riwayat Tirmidzi.
7.     Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
8.     Apabila kita senyum, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-interferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit).
9.     Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.
10.   Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan bahan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, arthritis dan ulser.
11.   Senyuman dan ketawa adalah senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ia ibarat urutan terhadap organ-organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan daya tumpuan belajar. Ia juga melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.


12.   Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan.
13.   Senyum mampu menjadi penawar kepada penyakit rohani yang kronik. Ia juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah dan memulakan sebuah ukhuwwah.
14.   Dalam ajaran Islam, senyum mempunyai kedudukan yang setaraf dengan bersedekah. Sabda Rasulullah SAW: “Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar).
15.   Senyum seindah suria yang membawa cahaya.   Senyumlah dari hati.  Duniamu berseri. Senyum umpama titian dalam kehidupan. Kau tersenyum, ku tersenyum. Kemesraan menguntum. Senyum kepada semua.  Senyumanmu amatlah berharga. Senyum membahagiakan. Dengan senyuman, terjalinlah ikatan.

Friday, 9 November 2012

JUM KONGSI MAKANAN SIHAT NI...

Alkalete boleh mencegah pelbagai jenis penyakit kronik seperti:-
  • Kanser
  • Kencing Manis
  • Darah Tinggi
  • Darah Pekat
  • Penyakit Kulit
  • Gout
  • Migrain
  • Asma
  • Resdung
  • Sakit Puan
  • Lemah Tenaga Batin
  • Batu Karang
  • Mata Kelabu
  • Urat Saraf
  • SUKAR MENURUNKAN BERAT BADAN


 Alkalete ekslusif telah dipatenkan, sebatian galian semulajadi yang dianggap oleh ahli-ahli sains, biokimia, pakar-pakar kesihatan dan atlet untuk menjadi ramuan alkalization badan yang PALING BERKUASA DI DUNIA...

Alkalete adalah satu-satunya produk yang menunjukkan 50% + pengurangan purata keasidan badan berkurang dalam seminggu. Ia amat tinggi alkalinya dan bio-mineral tersedia.

Alkalete juga telah menerima pengiktirafan FDA sebagai BAHAN DIET BARU (NDI), satu produk keselamatan dan keseragaman. 

Ia adalah revolusi terbaru bersumberkan dari KAWAH GUNUNG BERAPI yang berusia 5000 tahun di Manitou, Colorado..


  • Dibuktikan secara saintifik untuk mengurangkan asid badan
  • Menyokong kesihatan & kekuatan tulang
  • Meningkatkan tenaga & ketahanan 
  • Meningkatkan kekuatan otot
  • Menyokong penurunan berat badan
  • Meningkatkan masa pemulihan
  • Menggalakkan kealkalian tubuh
  • Mengekalkan tahap PH badan yang seimbang
  • Mengurangkan gejala badan keseluruhan yang disebabkan oleh keradangan
  • Mengurangkan pelbagai isu pencernaan yang disebabkan oleh sisa asdi & makanan asid
  • Meningkatkan sistem imun ke tahap optimum
  • Membaiki & melancarkan penghadaman
  • Meningkatkan kadar serapan nutrisisebanyak 25%
  • BOLEH DIGUNAKAN DENGAN SELAMAT (GRAS) by FDA

YANG NI, SAYA PUNYA... \(=,=)/
dah lebih kurang sebulan pun saya mengunakan produk ni..berat badan saya turun 2.0 kilo..ngeehehe

senang je cara guna..antara yang pernah saya buat:-



  • bancuh pada minuman
  • tambah pada makanan
  • sarung serbuk Alkalete boleh dibuat collagen kat muka & sebagai baja tumbuhan
  • bancuh dengan air & siram pada pokok @ tumbuhan



Alkalete ni adalah bahan makanan yang PERTAMA DI MALAYSIA dan MALAYSIA ADALAH NEGARA KEDUA DIDUNIA YANG AKAN MEMASARKANNYA.... 
...DIDUNIA!!! ...DIDUNIA!!! saya ulang, DIDUNIA tau...!!!! =D

Yang ini ialah Alkalete yang telah dibancuh dengan air & sedia untuk diminum..warnanya sedikit keruh, tapi tak rasa apape pun, sama juga rasanya macam air minuman biasa..tapi khasiatnya sangat luar biasa & ini adalah air minuman TERBAIK DIDUNIA.
Tengok beza antara air mineral biasa yang kita minum dengan air minuman baru TERBAIK DI DUNIA..

haaa... kepada sesiapa yang amat mementingkan kesihatan tubuh badan yang BAIK & berkekalan, try lah cuba Alkalete untuk sebotol dulu.. 

Wednesday, 7 November 2012

BR1M untuk semua..



Borang boleh di dapati secara percuma menerusi
  • Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri
  • Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara
  • Jabatan Pembangunan Persekutuan
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan
  • Online di laman sesawang www.hasil.gov.my

    Untuk anda yang ingin mengisi secara manual, boleh download Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysa (BR1M) 2.0 pada pautan di bawah:

Syarat Bantuan Rakyat 1 Malaysia BR1M 2.0 (Isi Rumah) –Bantuan sebanyak RM 500
  • Warganegara Malaysia
  • Berkeluarga / Ketua Keluarga dengan isi rumah keseluruhan berpendapatan bulanan RM 3000 ke bawah.
Tarif ketua keluarga
  • Individu yang telah berkahwin
  • Ibu /bapa tunggal yang mempuyai tanggungan
  • Bujang yang mempunyai tanggungan
  • Warga emas berumur 60 tahun ke atas yang hidup bersendirian.

Syarat Bantuan Rakyat 1 Malaysia BR1M 2.0 Skim Individu Bujang – Bantuan sebanyak RM 250
  • Warganegara Malaysia
  • Bujang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan bulanan tidak melebihi RM 2000 ke atas.
  • Tidak mempunyai tanggungan keluarga.
  • Bukan penuntut IPTA/IPTS
  • Bekas penuntut IPT dan masih menganggur
Bayaran dijangka diagihkan pada awal 2013 .



Kepada pemohon BR1M 2.0 , anda boleh membuat permohonan atau kemaskini data peribadi anda secara atas talian (online) dengan melayari laman web berikut:








DAFTAR BR1M 2.0 ONLINE DI  https://ebr1m.hasil.gov.my/Default.aspx

Lihat panduan di sini Panduan BR1m 2.0 


Tuesday, 6 November 2012

...



Jika dipinta cintamu katakanlah ia hanya untuk ALLAH ,

jika dipinta rindumu katakanlah ia hanya untuk RASULULLAH,

jika dipinta kasih sayangmu katakanlah ia hanya untuk ibu bapamu


dan jika dipinta keikhlasanmu berilah pada yang tahu menghargainya...

:: 
 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ & selamat

sejahtera untuk semua..

ci dommok ayah..


kenalkan,
in this video, my manje dommok Ryufishah Firosh Muhammad Aisy..masa ni umur dia baru 6-7 bulan..kami di Jusco, Maluri asalnya nak jalan2 tanpa tujuan. Masuk kat tempat games, ternampak ada mesin ni..sangatlaa teruja si dommok ayah ni nak main..n inilah hasilnya..mungkin minat nak main music instruments tu dah ter"ada" dalam diri dia sejak daripada dalam perut lagi..hehe..si ayah suka sangat petik gitar Ibanez bila ada masa terluang..saja nak bagi baby dengar petikan gitar dia..soothing laa katanya..ngeehehe..padahal yang dipetik tu melodi black metal laa, heavy metal laa, macam2 metal..

21 Petua mencantikkan wajah..



Antara petua-petua tersebut adalah seperti berikut:-
  1.  MENGHILANGKAN PARUT JERAWAT Mula-mula ambilkan sedikit madu dicampurkan dengan bedak sejuk. Insyaallah petua ini dapat menghilangkan jerawat yang kebanyakannya masalah ini dirasakan oleh setiap wanita.
  2. MENGHILANGKAN TAHI LALAT Asalammualaikum, Caranya ialah ambil nenas dan limau purut yang telah dikisar , sapukan di tempat tumbuhnya tahi lalat tersebut. Lakukan 2 atau 3 kali sehari sehingga ia jatuh sendiri. Amalkannya selalu, Insyaallah akan mendapat hasilnya segera. Selamat mencuba!!
  3. BIBIR MERAH SEMULAJADI Petua ini saya amalkan sejak 11 tahun lalu, memang berkesan..mudah saje, sapukan sedikit mentega atau majerin pada bibir anda sebelum tidur. amalkan setiap hari.
  4. MELEBATKAN BULU KENING Setiap wanita inginkan bulu kening yg cantik dan tersusun tanpa dicukur jadi untuk menjadikan itu kenyataan cara-caranya ialah ambik daun lidah buaya ramaskan hingga melekit dan sapukan dikening pada setiap malam.
  5. KULIT MUKA LICIN BERSERI Ambil Yogurt Asli kemudian sapu pada keseluruhan bahagian muka. Buat seperti masker..biarkan beberapa minit hingga yogurt tersebut kering kemudian cuci muka dengan air bersih. Ulang setiap 3 kali seminggu anda akan nampak hasilnya muka akan kelihatan licin, berseri, segar dan mengelakkan daripada kulit muka kering.
  6. MENAIKKAN SERI MUKA Setiap kali sebelum anda ingin mendapatkan kelapa untuk santannya, jangan dibuang air kelapa tersebut. Air kelapa tersebut boleh menyerikan wajah anda. Mula-mula ambil air kelapa itu dan sapukan ke muka anda. Biarkan sampai kering. Selepas itu, barulah basuh muka anda. InsyaAllah wa jah anda akan berseri dan parut di muka akan beransur hilang. Amalkanlah selalu…..                                                                                              
  7. MENGELAK LEBAM DI BAWAH MATA Semasa kita menyapu krim atau foundation di muka… pada bahagian bawah mata sapu krim sambil mengurut guna jari manis sebanyak 3 kali dan baca selawat.
  8. MENGHILANGKAN LEBAM BAWAH MATA Sebelum mandi pagi, lapkan mata anda dengan air sejuk dari peti sejuk..cuba lah.. ianya juga baik untuk menyegarkan mata.
  9. MELICINKAN WAJAH Ambil buah tomato makan @sapu pada muka pada waktu pagi dan malam. Muka akan menjadi licin dan halus. selamat mencuba.
  10. MEMERAHKAN BIBIR HITAM Bibir yang hitam boleh kembali bertukar kepada warna merah. Caranya ambil 3 helai daun sirih, perah airnya yang berwarna merah kemudian sapu di bibir pada waktu malam. Amalkannya selalu dan insyaallah apa yg anda hajati akan menjadi.
  11. MENGHILANGKAN LEBAM DI BIBIR Untuk menghilangkan atau mengurangkan lebam bibir akibat kesan merokok, ambillah halia dan ditumbuk lumat sehingga mengeluarkan air dari halia tadi. Amalkan menyapu kebibir anda setiap malam sebelum masuk tidur dan biarkan ianya kering sendiri. Untuk melembabkan bibir juga, anda ambil madu dan s apukan pada bibir anda setiap malam. Itulah yang saya malkan selalu. Selamat mencuba.
  12. MEMERAHKAN BIBIR Saya ada masalah tentang bibir saya yang hitam seolah-olah merokok. Ia tidak seimbang dengan kulit saya yang kuning langsat. Bagaimana untuk saya merahkan bibir saya secara semulajadi dan jika ada petua tradisional, adakah ia mengambil masa yang lama? Saya juga tidak suka memakai lipstik. Diharapkan ruangan ini dapat membantu saya sekian,terima kasih.
  13. MEMBENTUK, MELEBATKAN BULU KENING Caranya mudah saja…ambil sebiji buah keras, bakar hingga hangus ( hitam ). Dengan menggunakan sebatang lidi yang bersih, gosok/asah pada buah keras tu. Kemudian sapukan pada kening dan bentuklah dengan sebaiknya. Lakukan beberapa hari. Seelok-eloknya sapukan pada kening anak yang baru lahir, Insya-Allah kening anak anda akan tumbuh dan berbentuk dengan cepat dan cantik. Petua ini juga boleh diamalkan oleh sesiapa saja yang inginkan kening cantik dan hitam. Selamat mencuba.
  14. NAIK SERI WAJAH Seri Wajah: Ambil sedikit air dan selawat sebanyak tiga kali dan sapukan pada wajah lakukan padatiap-tiap pagi insya’Allah wajah akan kelihatan berseri-seri.
  15. OTAK JADI BIJAK masukkan sedikit garam dalam 1 gelas air dan minum pada setiap pagi insyaallah mujarab.
  16. MENCANTIKKAN KULIT MUKA Untuk jadikan kulit muka yang cantik, mestilah rajin mencuci. 1.Sapu muka dengan telur -merah/putih biar hingga kering 2. Cuci muka dengan air suam dan sapukan limau nipis dan basuh sekali lagi kemudian lapkan dgn tuala yg bersih.Lakukan sekali sehari insyaallah kulit muka anda tidak ditumbuhi jerawat dan menegangkan kulit muka yang kendur.
  17. MENYERIKAN WAJAH Ambil,embun pagi dihujung rumput/daun ( dikawasan yang tiada pencemaran ) dan sapukan ditapak tangan.Kemudian sapukan di bahagian muka sambil berselawat dan biarkan hingga kering. Kemudian basuh muka anda. Amalkan selalu insyaallah.
  18. HILANGKAN HITAM DI MUKA DAN JERAWAT Ambil kayu manis dan dicelup di dalam air lalu kikis di atas benda kesat seperti batu.. sapukan kayu manis yang sudah dikikis di kawasan bintik- bintik hitam dan jerawat.. Insyaallah jerawat dan bintik- bintik hitam akan beransur hilang…tapi kena rajin mengamalkannya…Semoga anda berjaya dan selamat mencuba.
  19. PETUA AWET MUDA Bangun pagi dari tidur…minum air masak @ air kosong 3 gelas sebelum basuh muka @ gosok gigi. Selepas itu barulah bersiap untuk mandi. Amalkan selalu setiap pagi selepas bangun daripada tidur. Senang dan mudah. Cuba dan lihatlah kesannya kerana saya telah mencubanya.
  20. MUKA BERSERI Bangun pagi, sebelum air menyentuh mana2 anggota badan, gunakan jari telunjuk dan rautkan menggunakan air bermula dari bawah muka hingga ke dahi disertai dengan selawat. Buat sebanyak 3 kali. Amalkan setiap hari. Insya ALLAH, wajah anda akan berseri2. Jangan rautkan dari atas ke bawah, sebab ia akan menjadikan wajah cepat kedut. Dan jangan tinggal solat serta baca Al-Quran dan berwirid.
  21. SENTIASA MUDARamai wanita yang ingin nampak muda walaupun usia sudah mencecah sehingga 35 tahun. Petuanya mudah sahaja,apabila bangun dari tidur, ( jangan gosok gigi ) minum segelas air suam beserta dengan selawat. Insyaallah umur 35 tahun pun masih kelihatan muda.

Monday, 5 November 2012

spm datang lagi..





 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

kepada adik-Adik yang akan menduduki dan 

sedang menduduki peperiksaan SPM 2012,

diucapkan semoga berjaya menjawab dengan 

tenang, dan betul, insyaAllah..hehe

termasuklah kepada Muhammad Khairul Anam

bin Mohamad Khalil yang

turut sama menduduki peperiksaan besar ni di

Victoria Institution, Jalan Hang Tuah 

sekarang..Selamat berjaya Adeqku!! Tak score 

semua, takpe..yang

penting pass WITH FLYING COLORS

ye?? N the same doa goes to all Victorians yang 

tengah struggle memerah otak berfikir untuk 

menjawab paper exam..


saman??



bertimbun keja nak diselesaikan..sambil nak lepaskan stress dalam kepala, tetiba teringat lak nak cek saman..hahhah!! tgk..tgk..slide..slide kat "screen touching" kesayangan..huh!!! 2 saman???!!! apekah??!!haddoiyai.. peningnya kepala..ape ni..ape ni..