itsAllAboutLivingMyth&HealthProducts

Saturday 1 December 2012

SEKILAS...sihat

PERBAIKI TEKANAN DARAH

Selain yogurt rendah lemak sebagai makanan diet ia juga membantu memperbaiki tekanan darah & meningkatkan kesihatan jantung.



GIGI SIHAT DENGAN RUMPAI LAUT

Sebuah penemuan dari Inggris mendapati rumpai laut mempunyai manfaat dalam memelihara kesihatan mulut & gigi.




WASPADA BEKAS LUKA

Menurut Prof Massimo Signorini dari Niguarda Hospital Milan, Itali, jika luka tidak dijaga dengan baik, ia boleh meninggalkan parut. apa yang penting, atur & kawal luka agar tidak gatal & berubah warna.


DUDUK LAMA = GANGGUAN GINJAL

Penelitian oleh American Journal of Kidney Diseases mendapati duduk terlalu lama dapat meningkatkan risiko gangguan ginjal terutama pada wanita yang bekerja.



COKLAT LINDUNGI DARIPADA STROK

Dr. Clare Walton daripada The Stroke Association mengatakan, pengambilan coklat masak selain untuk diet, ia juga dapat mengurangkan risiko strok. Sebaiknya, ambillah dalam jumlah yang sederhana.



TEH MELAWAN KANSER

Dalam penelitian di  makmal mendapati teh hijau mampu memperlambatkan sel kanser usus, hati, payudara & prostat. Malah, teh hijau mengurangkan risiko gangguan penghadaman, sembelit & pankreas.


BERHENTILAH MEROKOK

Merokok boleh membuatkan seseorang itu tenang. Betulkah? Namun, untuk berhenti merokok, jangan terlalu stres, Anda boleh mencuba dengan mengurut, mendengar muzik, yoga & sebagainya.





HINDARI NAFAS BERBAU

Bawang merah & bawang putih adalah penyebab utama nafas berbau. Sayangnya, memberus gigi pun tidak banyak membantu. Ini kerana zat volatil yang terdapat dalam bawang akan masuk ke dalam aliran darah & paru-paru. Demikian menurut Dr. Richard Price dalam The American Dental Association.





SAKIT KEPALA TIBA-TIBA

Perubahan suhu udara yang panas terik & hujan boleh membuatkan sakit kepala. Untuk elakkan sakit kepala akibat keadaan cuaca, gunalah kacamata dengan perlindungan UV.















No comments:

Post a Comment